Wednesday, March 10, 2010

RESULT SPM

Alhamdulillah. Selesai penyampaian sijil SPM kepada bekas2 pelajar SMK Bukit Jana 2009. Ada peningkatan dari segi peratusan keseluruhan. Selepas beberapa bulan bercuti, wajah-wajah stress tahun lepas berubah menjadi wajah pemuda-pemudi yang handsome-handsome dan lawa-lawa semuanya...... Berbeza dari segi penampilan. Ada kelihatan kematangan pemikiran di kalangan bekas pelajar-pelajar ini. Pelbagai telatah. Yang baru nak menyesal. Yang bersyukur walaupun tak berapa baik keputusannya pun ada . Apapun SYABAS DAN SETINGGI-TINGGI TAHNIAH kepada Muhammad Farid B Ahmad Fakri kerana menjadi 'best student' SMK BUKIT JANA. Tahniah juga bagi mereka yang berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan ini.

SETINGGI-TINGGI PENGHARGAAN DAN SEKALUNG TAHNIAH JUGA KEPADA GURU-GURU SMK BUKIT JANA yang telah berjaya melahirkan pelajar-pelajar cemerlang tidak kira dari segi akademik mahupun sahsiah....... Syabas juga di atas peningkatan peratus SPM tahun ini. Semoga ini dapat dijadikan motivasi untuk kita lebih gigih bekerja

Kepada para pelajar;
Ingat! Kalau dah sambung belajar jangan lupa kepada warga pendidik di sini.

Friday, March 5, 2010

Bertemu Kembali

Salam warga SMK Bukit Jana. Semoga kedatangan Taahun 2010 ini membawa semangat baru kepada semua.
ESOK - 6.3.2010 KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SMK BUKIT JANA.Diucapkan selamat bersukan dengan penuh semangat Kesukanan. Insya Allah..... RUMAH MERAH menang lagi. Jangan mare...

Wednesday, May 27, 2009

kerja musim cuti ICT

Anak-anak didik ICT sekelian,
Bagi Pelajar Tingkatan 4
Pastikan anda siapkan checklist bagi Learning Area 2- Computer System (10% untuk ujian selaras 2) o.k.
Bagi Pelajar Tingkatan 5
Pastikan anda siapkan checklist bagi Learning Area 4 & 5- Computer System (20% untuk ujian selaras 2) o.k.

Sembang Blogger

Salam Sejahtera semua.....
Saya berasa amat bersyukur dan seronok sekali kerana semua yang ingin saya ketahui berkaiatan blog telah terjawab dengan mengikuti kursus Pengurusan Blog di Pangkor. Walaupun saya adalah diantara 'slow learner' dalam kursus ini namun saya dapat mengikuti pengajaran sifu-sifu yang ada disini. Terima kasih Tuan Pengetua dan En. Ravi kerana memberi peluang ini. Juga tak lupa kepada warga sekolah yang terpaksa berkompromi dengan ketiadaan saya........

Tuesday, May 26, 2009

Bengkel Membina Blog P&P

Salam......................
Buat anak-anak didik ICT
Teacher will be away until 28 Jun. So as a homework please browse here